Saturday 28 July 2012

Puasa dan Solat..


8 Ramadhan 1433 m
Alhamdulillah.. syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan kekuasaan Nya dapat lagi kita meneruskan hidup dan dapat lagi kita beribadat pada bula Ramadhan Yang penuh barakah ini. Kini telah masuk ramadhan ke 8 semestinya kita mengharapkan Puasa kita diterima... Adakah Puasa Kita diterima.. Hanya Allah yang tahu..

 Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'utsaimin -rahimahullah: pernah ditanya : Apakah hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat ?"

Beliau  menjawab:
"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil mengatakan bahawa meninggalkan solat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,
'' Jika mereka bertaubat mendirikan solat dan menunaikan zakat , maka mereka itulah adalah saudara - saudaramu seagama . Dan  kami menjelaskan  ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui  (Qs. At Taubah [9]: 11)


Nabi s.a.w bersabda
'' Perbezaan antara seorang muslim dan orang kafir adalah meninggalkan solat'' (HR Muslim no. 82)


Menyingkap keutamaan solat, ia merupakan amalan pertama yang akan dihitung di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi).

Maka ini Solat dan Puasa adalah dua kewajipan yang tidak boleh dipisahkan dan wajib dilaksanakan keduanya,. Oleh sebab itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Apa yang dia dapat pada hari itu hanyalah letih, penat haus dan lelah.

"Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu tidak akan diterima kerna kafir (meninggalkan solat) .

No comments:

Post a Comment

kkkkkkkkk